Friday, 18 September 2015

Semangat rasa curiga terhadap sejarah Malaysia patut dipupuk sejak kecil lagi

Oleh Nurul Nazihah Yuhimin

KENINGAU: Semangat ingin tahu tentang sejarah Malaysia perlulah dipupuk dari usia yang masih muda sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berintegriti.

     Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Wakil Rakyat Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata program seumpama ini adalah satu usaha yang positif dimana ianya mampu memberikan pendedahan dan maklumat penting mengenai sejarah pembentukan Malaysia kepada seluruh rakyat khususnya kepada generasi muda.

     Tambahnya lagi, dalam usaha memartabatkan serta menanamkan semangat cintakan tanah air dikalangan rakyat Malaysia kerajaan akan sentiasa memberikan bantuan serta sokongan terhadap penganjuran program-program seumpama ini.

     Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sejarah Malaysia dan Produk Pelancongan Pedalaman Daerah Keningau 2015 di Auditorium Perpustakaan Wilayah Keningau.

Datuk Sairin Karno ketika memberi ucapan di dalam majlis tersebut

     Katanya, dalam usaha untuk memajukan industri pelancongan di negeri Sabah Karnival Pelancongan seperti ini adalah kaedah yang paling sesuai dan berkesan untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk yang terdapat di negeri Sabah.

     Beliau turut menyarankan kepada masyarakat atau para pengusaha di kawasan pedalaman untuk menerokai produk-produk pelancongan yang terdapat di Sabah agar para pengunjung dapat menikmati sesuatu yang baru dan unik .

     Pelbagai aktiviti yang telah disusun atur selama dua harim berakhir ESOK,antaranya pameran daripada agensi kerajaan dan NGO, gerai jualan dan produk pelancongan, kempen derma darah, serta beberapa pertandingan yang dikendalikan oleh Perpustakaan Wilayah Keningau.

Thursday, 17 September 2015

Tindakan kerajaan pusat menurunkan kuasa kepada Sabah dan Sarawak disambut baik oleh masyarakat

Oleh Leolerry Lajius

Masyarakat sambut baik persetujuan kerajaan pusat untuk menurunkan kuasa kepada sabah dan Sarawak bagi membolehkan kerajaan negeri memainkan peranan yang lebih penting.

Aktivis Politik,  Hasmin Azroy Abdullah berkata hasrat kerajaan pusat tersebut adalah wajar dan bertepatan dengan tuntutan rakyat sabah dan Sarawak bagi mengekalkan kuasa pentadbiran di kedua-dua negeri tersebut.

Beliau juga berharap agar cadangan itu dapat direalisasikan kerajaan pusat untuk kebaikan bersama.
Pendapat beliau turut disokong oleh Veteren Politik Sabah Datuk James Ligunjang, yang berkata bahawa perkara tersebut adalah satu hasrat yang baik dan dapat meyakinkan rakyat bahawa kepimpinan Perdana Menteri akan membawa pembangunan kepada sabah.

Hasrat penurunan kuasa tersebut disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Kota Kinabalu.

Peringkat pertama pelaksanaan prinsip penurunan kuasa akan melibatkan pentadbiran dan dilaksanakan secara berperingkat.

Lebuh raya Pan-Borneo dan pengumuman 90% jawatan perguruan akan diisi oleh anak watan Sabah dan Sarawak disambut baik oleh masyarakat

Oleh Hector ZaimitArdi ErinNurul Nazihah Yuhimin

Pembinaan  Pan Borneo yang akan di lancarkan pada tahun hadapan serta memberi  90 peratus anak watan Sabah dan Sarawak mendominasi jawatan perguruan dalam masa tiga tahun akan datang mendapat reaksi yang memberangsangkan daripada masyarakat.

 Menurut Pensyarah Kanan Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah, Dr. Lee Kuok Tiung berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo memainkan peranan yang penting dalam memangkin ekonomi di antara Sabah dan Sarawak seterusnya mampu memperkembangkan lagi aktiviti pelancongan di negeri Sabah dan Sarawak.

Dr. Lee Kuok Tiung

Beliau turut mengulas mengenai kenyataan pemberian 90 peratus guru kepada anak-anak Sabah dan Sarawak di mana masyarakat perlulah mengutamakan pendidikan yang terbaik dengan anak-anak mereka dengan adanya guru-guru yang berkualiti disamping meningkatkan penggunaan bahasa yang pelbagai selain daripada bahasa Melayu dan juga Inggeris.

Pendapat beliau turut disokong oleh Azman Haji Ruslan yang merupakan bekas Ketua Pemuda Negeri Sabah berkata projek Lebuhraya Pan Borneo  ini adalah satu projek yang sangat signifikan dan memberi manfaat  positif kepada masyarakat negeri Sabah dan Sarawak dari segi perkembangan sosio-ekonomi Sabah dan Sarawak disamping memberi impak yang besar kepada tarikan para pelancong luar dan domestik.

Pada masa sama projek ini dapat membuktikan kerajaan Barisan Nasional  yang mahu melihat rakyat di Sabah dan Sarawak terus maju. Beliau turut berharap agar pembinaan projek Pan Borneo di  Sabah ini dikecualikan daripada pembayaran tol.

Manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Keningau Merangkap Pengerusi Pengerusi Biro hal ehwal IPT dan Pendidikan berkata, pelaksanaan 90 peratus guru daripada anak watan Sabah dan Sarawak membuktikan keprihatinan kerajaan pusat di bawah kepimpinan datu Sri Najib mendengar luahan hati masyarakat Sabah dalam pendidikan di negeri ini. Tambah beliau lagi, mengeluarkan surat-surat rasmi syarat-syarat kemasukan ke Institut Perguruan (IPG) untuk anak Sabah dilonggarkan kepada 4 atau 5 kepujian bagi membolehkan anak tempatan ini dapat diberikan peluang untuk menuntut di IPG.

Wednesday, 16 September 2015

Rakyat digesa pertingkat perpaduan agar terus membangun

KENINGAU: Rakyat perlu berusaha lebih gigih meningkatkan perpaduan bagi memastikan negara terus membangun.

     Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sook,  Ramian Ayub berkata, usaha mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum menjadi cabaran kepada kerajaan untuk memelihara keamanan bagi meneruskan agenda pembangunan.

    Beliau berkata demikian kepada media di Keningau.

Ramian Ayub
     Katanya, keamanan dan kesejahteraan perlu dipertahankan bukan sahaja untuk kepentingan semasa tetapi menjamin masa depan generasi akan datang.

     Tambah Ramian,generasi muda juga perlu menghayati keamanan yang dikecapi ketika ini dan bersama mempertahankan semangat solidariti demi negara Malaysia tercinta.

    Justeru katanya, penyatuan bangsa yang kukuh, bersatu padu dan bekerjasama dengan mengekalkan sikap saling hormat menghormati penting agar kemakmuran dan keamanan yang dinikmati sekarang berkekalan tanpa diganggu gugat dan dipengaruhi oleh anasir negative khususnya media sosial yang jika tidak dikawal boleh membawa kepada perpecahan.

Sukan sepak takraw di bahagian pedalaman tidak pernah ketandusan pelapis

Oleh Betty

KENINGAU: Sukan Sepak Takraw bahagian pedalaman tidak pernah ketandusan pelapis baharu sehingga kini.

     Ketua Pemuda PBRS N 37 Sook, Ramian Ayub berkata, rentetan sejarah sukan sepak takraw bahagian pedalaman sentiasa menghantar wakil pemain muda ke Sukan Malaysia (SUKMA) setiap tahun.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Untuk Semua Bahagian Keningau 2015 di Dewan Masyarakat Keningau.

Ramian Ayub

     Ramian juga Presiden Sepak Takraw( ASTAKA) keningau berharap agar ASTAKA Keningau terus berusaha memartabatkan sukan sepak takraw sehingga ke akar umbi.

    Sempena dengan sambutan Hari Malaysia, beliau turut menyeru kepada semua belia agar menghayati makna hari Malaysia selaras dengan tema sehati sejiwa.

    Sementara itu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (p) bahagian Keningau selaku Pengerusi penganjur bersama, Ryandie Angsukup berkata, seramai 24 pasukan dari pedalaman atas menyertai pertandingan tersebut .

    Menurutnya, 4 pasukan yang akan mara ke peringkat akhir akan berentap pada 10 Oktober 2015 sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Zon Pedalaman Atas.

Monday, 14 September 2015

Pengunjung menyambut baik pesta "Jom Makan Buah-Buahan Tempatan"

TENOM: Penganjuran program Jom Makan Buah-Buahan Tempatan anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom dengan kolaborasi FAMA Tenom merupakan anjuran kali kedua yang diadakan di daerah Tenom.

     Menurut wakil dari Pejabat Perhubungan Parlimen Tenom Sem Kuriting berkata, beliau sangat menyokong penganjuran program ini dimana ianya mampu membantu dalam mempromosikan daerah Tenom sebagai pusat pengeluaran buah-buahan tempatan dan beliau berharap agar pada masa akan datang program ini akan diteruskan lagi dengan perancangan yang lebih baik dan teratur.

    Pendapat beliau turut disokong oleh wakil dari Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Tenom Sazalinah Saimin berkata bahawa program ini adalah satu langkah PPK sendiri dalam mempromosikan dan mengalakkan kemasukan lebih ramai ahli dalam Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom disamping membantu para pekebun kecil di daerah Tenom dalam menjual hasil-hasil tanaman mereka.

    Sementara itu, menurut salah seorang peniaga dan pemilik kebun Lia Pin Greenfruit Farm Milia Maidah yang berasal dari Kg Ulu Naluyan Tenom berkata, usaha PPK Tenom dalam menganjurkan program ini adalah satu usaha yang baik dalam menggalakkan para pekebung kecil dalam meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan.

   Tambahnya lagi, beliau berharap agar pelaksanaan program ini dapat dianjurkan pada masa yang sesuai agar penyertaan daripada orang ramai lebih mengalakkan.

Kerajaan digesa bantu petani tempatan tingkat hasil pengeluaran

Oleh Leolerry Lajius

TENOM: Kerajaan digesa agar membantu petani tempatan  bagi meningkatkan hasil pengeluaran agar dapat mengurangkan kebergantungan negara  terhadap hasil pertanian dari luar negara.

     Malaysia masih bergantung kepada hasil pertanian dari luar negara bagi memenuhi keperluan penduduk dan dengan adanya program pembangunan pertanian yang bersesuain hasil pertanian tempatan akan dapat menampung keperluan tersebut.

     Ahli Parlimen P.181 Tenom, Datuk Raime Unggi berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jom Makan Buah-buahan Tempatan Musim Kedua  di perkarangan Tamu Sedcovest Pekan Tenom.

Datuk Raime Unggi ketka memberikan ucapan di dalam majlis tersebut

      Tambah beliau lagi, Penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Bahagian Parlimen merupakan satu inisiatif untuk membantu para petani di samping turut menggesa pihak yang berwajib agar menubuhkan pusat pengumpulan hasil pertanian bagi memudahkan para petani menyimpan dan menjual hasil mereka.

     Beliau juga berharap agar agensi kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah lambakan hasil buah-buahan dengan melakukan inovasi yang bersesuaian.

     Program  tersebut merupakan salah satu langkah untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Tenom yang terkenal dengan Produk Kopi Tenom.