Sunday, 6 September 2015

Tambunan isytihar tahun 2017 sebagai Tahun Melawat Tambunan

Oleh Ardi Erin

TAMBUNAN: Tahun 2017 dipilih sebagai Tahun Melawat Tambunan bagi mempromosi keunikan budaya dan keindahan pelbagai tempat menarik di daerah itu.

     Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata menerusi program itu akan meningkatkan lagi ekonomi masyarakat daerah Tambunan dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negeri.

     Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan hari kebangsaan dan gegar 10-ribu Langkah Merdeka di Pisompuruan Square di Tambunan.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika berucap di dalam program tersebut

     Katanya, semua lapisan masyarakat setempat diseru untuk bersama-sama menjayakan Tahun melawat daerah Tambunan dengan memberikan idea bernas mengenai kepelbagaian program yang boleh  dijalankan agar dapat menarik pelancong dan juga pelabur.

     Tan Sri Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Wakil Rakyat Tambunan berkata,menerusi program tersebut masyarakat bukan sahaja akan mendapat manfaat dengan memperkenalkan kebudayaan, hasil kraftangan, makanan tradisi dan juga hasil pertanian mereka kepada pengunjung namun turut dapat memperkenalkan daerah Tambunan sebagai satu destinasi pelancongan di negeri ini.

     Terdahulu berucap pada majlis itu, beliau berharap program tersebut dapat di teruskan bagi menanam semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

     Lebih  2- ribu orang telah menyertai perarakan gegar 10 ribu langkah merdeka yang di sertai pemimpin-pemimpin masyarakat, agensi-agensi kerajaan, persatuan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan juga penduduk setempat daerah Tambunan.

No comments:

Post a Comment