Oleh Caloy
KENINGAU: Polis Keningau berjaya merampas sejumlah 5 peket plastik sederhana besar berisi bahan disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 6.61 gram dan 5 biji pil esctacy yang disembunyikan dalam kotak rokok.
Ketua Polis Keningau DSP Douglas Taong berkata, rampasan dadah itu dibuat semasa sepasukan peronda menahan sebuah kereta motorkar yang mencurigakan berdekatan kawasan perumahan di Pekan Keningau lalu melakukan pemeriksaan ke atas badan suspek seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun kira-kira pukul 5.30 pagi jumaat.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media di Keningau.
Katanya, nilai kedua-dua jenis dadah untuk ketamin sejumlah 8-ratus ringgit manakala pil esctacy 50-ringgit sebiji.
Tambah DSP Douglas lagi, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamin.
Katanya lagi, kes disiasat dibawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dengan penjara tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih 5 tahun atau sebat tidak kurang 3 kali dan tidak lebih 9 kali serta suspek masih lagi dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment