KENINGAU: Pihak Kerajaan kini sedang melaksanakan satu formula khas bagi menangani harga kad prabayar telefon bimbit dalam masa 4 bulan dari sekarang.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berharap dengan adanya usaha sedemikian akan dapat menyelaraskan lagi harga kad prabayar telepon bimbit diseluruh negara kepada harga sebelumnya walaupun dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan GST.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program penerangan membara isu-isu semasa anjuran UMNO Bahagian Pensiangan dan Keningau di Dewan Salikawang Pusat Kraftangan di Keningau.
![]() |
Ahmad (gambar) berkata penguatkuasaan perlu dilakukan secara serius bagi memastikan hak pengguna terpelihara selain mereka tidak terbeban dengan manipulasi harga barang |
Katanya, usaha tersebut itu bukan sahaja dapat mengurangkan beban para pengguna akan tetapi turut membantu para peniaga yang sebelum ini menghadapi pelbagai masalah berkaitan harga kad prabayar telefon bimbit.
Sementara itu, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO mengingatkan para ahli UMNO diseluruh negara agar tidak mudah terpedaya dengan perangkap pihak pembangkang yang berniat cuba menghasut ahli parti UMNO yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan kesetiaan dalam parti.
Selain itu katanya, melalui program yang diadakan itu bukan sahaja dapat menjelaskan isu-isu semasa diperingkat nasional secara terus akan tetapi dapat memberi peluang kepada orang awam untuk mengutarakan sebarang permasalahan berkaitan.
No comments:
Post a Comment