Wednesday, 16 September 2015

Rakyat digesa pertingkat perpaduan agar terus membangun

KENINGAU: Rakyat perlu berusaha lebih gigih meningkatkan perpaduan bagi memastikan negara terus membangun.

     Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sook,  Ramian Ayub berkata, usaha mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum menjadi cabaran kepada kerajaan untuk memelihara keamanan bagi meneruskan agenda pembangunan.

    Beliau berkata demikian kepada media di Keningau.

Ramian Ayub
     Katanya, keamanan dan kesejahteraan perlu dipertahankan bukan sahaja untuk kepentingan semasa tetapi menjamin masa depan generasi akan datang.

     Tambah Ramian,generasi muda juga perlu menghayati keamanan yang dikecapi ketika ini dan bersama mempertahankan semangat solidariti demi negara Malaysia tercinta.

    Justeru katanya, penyatuan bangsa yang kukuh, bersatu padu dan bekerjasama dengan mengekalkan sikap saling hormat menghormati penting agar kemakmuran dan keamanan yang dinikmati sekarang berkekalan tanpa diganggu gugat dan dipengaruhi oleh anasir negative khususnya media sosial yang jika tidak dikawal boleh membawa kepada perpecahan.

No comments:

Post a Comment