KENINGAU: Polis Keningau menahan seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun berasal dari Tamparuli kerana memiliki sejumlah 8 paket dadah jenis syabu pelbagai saiz beranggaran berat 12.70 gram yang disembunyikan didalam dashboard kereta perodua myvi milik suspek.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputy Supritenden Polis DSP Douglas Taong berkata, suspek ditahan oleh sepasukan peronda semasa membuat rondaan di Batu 6 di hadapan kawasan Kilang Java, Jalan Keningau-Nabawan di Keningau pada pukul 4.45 pagi sabtu.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media di Keningau.
![]() |
Antara barang yang dirampas daripada lelaki tersebut. |
Katanya, nilai harga pasaran dadah yang dirampas itu bernilai kira-kira 2-ribu ringgit dan suspek kini ditahan reman serta positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
Katanya lagi, kes disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahya ADB 1952 dengan denda penjara tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih 5 tahun atau sebat tidak kurang 3 kali dan tidak lebih 9 kali dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dikenakan penjara tidak lebih 2 tahun atau denda tidak melebihi 5-ribu ringgit.
No comments:
Post a Comment