Thursday, 10 September 2015

Tenom harumkan nama negara di persada antarabangsa

Oleh Caloy

TENOM: Pengiktarafan daerah Tenom sebagai johan pada Majlis Program  Anak Angkat Sempena International ICT Volunteer Programme dibawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia SKMM dengan kerjasama International Telecommunications  Union ITU diperingkat antarabangsa dalam pengurusan keluarga angkat dan pentadbiran  adalah satu penghargaan amat bermakna kepada negara.

     Program yang diadakan baru-baru ini selama 7 minggu melibatkan seramai 100 sukarelawan dari negara korea dan telah memilih sebanyak 7 buah negara di asia iaitu Cambodia, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filiphine dan di Malaysia seramai 8 orang anak angkat yang juga sukarelawan ditempatkan masing-masing di Terengganu dan Tenom, Sabah.

    Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi yang ditemui media selepas merasmikan sambutan hari kebangsaan peringkat daerah Tenom yang diadakan di padang pekan Tenom berkata, penilaian pengiktirafan sedemikian bukan sahaja dapat mengharumkan daerah tenom akan tetapi turut membuktikan bahawa daerah Tenom walaupun terletak jauh di pedalaman yang serba kekurangan  telah menunjukkan kesungguhan yang jitu dalam pengurusan kerajaan  sekaligus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Datuk Raime Unggi (tengah) ketika berada di dalam majlis tersebu

     Pada masa beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan pentadbiran peringkat daerah Tenom di bawah pimpinan Pegawai Daerah Madiyem Layapan dan kedua-dua pihak keluarga angkat yang terpilih menerima anak angkat sukarelawan dari Korea iaitu Antia Pinduru dan Sidikli Sunggin di kampung Sawang,Melalap kerana telah menunjukkan komitmen tinggi dalam program tersebut yang memberi pelbagai manfaat kepada penduduk setempat terutamanya dalam perkongsian teknologi maklumat dan komunikasi ICT.

    Terdahulu berucap merasmikan sambutan hari kebangsaan tersebut Datuk Raime mengingatkan masyarakat agar bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh kepada setiap perkara yang berniat memecahbelahkan perpaduan kaum sedia ada.

     Selain itu beliau turut mengesa pihak berkuasa agar memperketatkan lagi penguasaan undang-undang bagi mereka yang berniat memecahbelahkan perpaduan dan memutarbelitkan fakta sejarah sebenar pembentukan Malaysia.

    Pada sambutan berkenaan, pelbagai pengisian diadakan antaranya perarakkan perbarisan persembahan koir dari badan  Gereja Basel Malaysia, Bacaan Puisi, persembahan pertahanan diri dari Persatuan Kelab Tekwando KadazanDusun Murut KDM Malaysia dan persembahan penerbangan 5 buah pesawat ringan kelab sukan Penerbangan Microlight Sabah dengan membawa bendera Malaysia dan Negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment