Tuesday, 1 September 2015

Unit Pedagogi IPG Kampus Keningau anjur program PAGUGUYAN bersama PIBG SK Karamatoi, Sook

Oleh Leolerry Lajius

KENINGAU: Unit Pedagogi Pedalaman Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau (IPG) akan mengadakan Program “PAGUGUYAN” Keluarga Berwawasan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Karamatoi Sook.

     Penyelaras Progam Tadius Gugau berkata, program yang diadakan pada HARI INI akan diadakan di dua lokasi berbeza iaitu Kampung Karamatoi bagi bagi kumpulan sasar Ketua Kampung, JKKK dan Ibu Bapa manakala di Sekolah Kebangsaan Karamantoi bagi Pusat Program untuk Guru-guru dan Murid.

     Beliau berkata demikian kepada media di Keningau.

     Katanya, program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa mengenai kepentingan pelajaran terhadap anak-anak mereka dan mendedahkan kepada ibubapa kelemahan dan kekuatan anak-anak mereka dalam pelajaran di samping mengeratkan hubungan antara ibubapa, guru dan pensyarah IPG.

     Tambahnya, program itu juga mendedahkan pelajar mengenai tahap pendidikan murid luar Bandar dan perkongsian daripada pensyarah IPG dan guru-guru sekolah mengenai kemahiran mereka yang secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai tanggungjawab seorang pelajar seterusnya dapat memberikan murid persediaan fizikal dan mental ke arah menjadi pelajar cemerlang.

     Paguguyan adalah program kolabarasi bersama masyarakat setempat berkongsi dan mencari penyelesaian isu semasa secara muafakat.

No comments:

Post a Comment