KENINGAU: Ibupejabat Polis Daerah Keningau kini dilengkapi dengan Electroshock Gun Taser jenis X26 bagi memudahkan pihak polis dalam menjalankan tugas.
Ketua Polis Keningau DSP Douglas Taong berkata, senjata ini dapat membantu pihak polis memberkas saspek yang agresif seperti pemabuk dan pesakit mental yang bertindak ganas di tempat awam selain menaikkan imej IPD daerah Keningau.
Senjata ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan senjata api yang boleh mengakibatkan kesan yang serius kepada saspek. Melalui penggunaan senjata ini, saspek yang telah direnjatkan dengan Taser Gun akan mengalami kekejangan sementara dalam masa beberapa saat bagi memudahkan kerja polis untuk membuat penangkapan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis penutupan Program Latihan Dalam Perkhidmatan Electroshock Gun Taser X26 di Keningau.
![]() |
Demonstrasi penggunaan Taser Gun |
Selain itu juga, Douglas turut memuji para kakitangannya kerana memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi untuk bersama-sama menjayakan program tersebut yang turut melibatkan anggota polis dari daerah Tenom.
No comments:
Post a Comment