Wednesday, 9 September 2015

Niat empat sekawan mencuri lembu tidak kesampaian

Oleh Leolerry Lajius

KENINGAU: Hasrat empat orang lelaki untuk mencuri lembu tidak kesampaian apabila Van yang dinaiki oleh saspek tersebut ditahan oleh polis ketika membuat rondaan.

     Seorang saspek warga tempatan  berumur 42 tahun dan seorang lelaki warga asing berumur  32 tahun berjaya ditangkap manakala rakan suspek yang berjaya melarikan diri  masih dalam buruan polis.

     Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Nyenging Taong berkata, Van tersebut ditahan polis peronda kerana kelihatan mencurigakan dan tidak memberhentikan kenderaan semasa pemeriksaan polis.

Antara objek yang ditahan daripada empat lelaki tersebut

     Kes itu disiasat di bawah seksyen 24 Akta Polis 1967 dan jika sabit kesalahan, saspek boleh dihukum denda tidak lebih lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

     Kes yang melibatkan warga asing disiasat di bawah seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak lebih enam kali.

     Dalam kes yang berlainan, tiga kes samun yang berlaku di Restoran Uncle Papper, Kedai Orange Serbaneka 24 jam dan JEC Elektronik Centre,  berjaya diselesaikan apabila tiga orang saspek lelaki  yang berumur 22 tahun,18 tahun dan 17 tahun berjaya  ditangkap.

     Ketiga-tiga saspek tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana didapati positif dadah.

     Jika sabit kesalahan, saspek boleh dipenjara selama 20 tahun dan dikenakan sebatan.

     Sementara itu dalam kes yang berlainan polis juga berjaya menyelesaikan dua kes curi yang berlaku di Taman Sabana dan Warung Kampung Penagatan Laut dengan tertangkapnya dua orang saspek lelaki.

     Kedua-dua saspek yang masing-masing berumur 16 tahun dan 24 tahun tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

     Saspek yang berumur 24 tahun tersebut juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana didapati positif dadah.

No comments:

Post a Comment