Thursday, 17 September 2015

Tindakan kerajaan pusat menurunkan kuasa kepada Sabah dan Sarawak disambut baik oleh masyarakat

Oleh Leolerry Lajius

Masyarakat sambut baik persetujuan kerajaan pusat untuk menurunkan kuasa kepada sabah dan Sarawak bagi membolehkan kerajaan negeri memainkan peranan yang lebih penting.

Aktivis Politik,  Hasmin Azroy Abdullah berkata hasrat kerajaan pusat tersebut adalah wajar dan bertepatan dengan tuntutan rakyat sabah dan Sarawak bagi mengekalkan kuasa pentadbiran di kedua-dua negeri tersebut.

Beliau juga berharap agar cadangan itu dapat direalisasikan kerajaan pusat untuk kebaikan bersama.
Pendapat beliau turut disokong oleh Veteren Politik Sabah Datuk James Ligunjang, yang berkata bahawa perkara tersebut adalah satu hasrat yang baik dan dapat meyakinkan rakyat bahawa kepimpinan Perdana Menteri akan membawa pembangunan kepada sabah.

Hasrat penurunan kuasa tersebut disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Kota Kinabalu.

Peringkat pertama pelaksanaan prinsip penurunan kuasa akan melibatkan pentadbiran dan dilaksanakan secara berperingkat.

No comments:

Post a Comment