KENINGAU: Sukan sebagai salah satu platform untuk mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala sosial.
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.180 Keningau, Agustine A. Nain ,berkata gejala sosial di kalangan remaja pada masa kini amat merisaukan di tambah lagi dengan kecanggihan teknologi khususnya penggunaan telefon pintar yang mudah mengakses internet bagi mendapatkan bahan-bahan negatif.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan balapan dan padang MSS SMK Gunsanad 2 kali ke-11.
![]() |
Augustine A. Nain ketika berucap di dalam majlis tersebut |
Katanya, ibu bapa seharusnya tidak bergantung sepenuhnya kepada guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka, sebaliknya perlu berganding bahu dalam membentuk sahsiah anak-anak dan mengembangkan potensi pelajar dalam bidang sukan.
Tambah beliau lagi, sukan bukan sahaja dapat mendisiplinkan pelajar, malahan juga sebagai landasan terbaik dalam memajukkan lagi diri pelajar dalam bidang sukan ke arah yang lebih tinggi sejajar dengan keperluan negara untuk melahirkan atlet yang berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi.
Kejohanan itu, yang berlangsung selama dua hari telah berjaya memecahkan tujuh acara rekod baru sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment