Oleh Caloy
KENINGAU: Polis Keningau menafikan bahawa tiada kes culik melibatkan seorang kanak-kanak di kawasan tamu daerah Nabawan seperti yang tersiar di laman sosial dan aplikasi whatapp baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritenden Polis DSP Douglas Taong berkata, menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan kekeliuran dan keselamatan orang awam adalah satu kesalahan dibawah undang-undang sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pekara itu dalam satu sidang media dipejabatnya.
Sehubungan itu katanya, orang awam diingatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin sebaliknya perlu meneliti terlebih dahulu kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan kesahsihan mengenai sesuatu perkara sebelum menyebarkan di laman sosial.
No comments:
Post a Comment