Wednesday, 2 September 2015

Sistem grid elektrik baharu di kawasan Tenom dan Nabawan dijangka siap pada 2016

Oleh Donny

TENOM: Rangkaian sistem grid elektrik bagi kawasan pedalaman Sabah terutamanya di kawasan Tenom dan Nabawan akan diperkukuhkan lagi dengan projek penghantaran berkeupayaan 132-Kilo Vott Tenom-Nabawan siap sepenuhnya pada awal tahun 2016.

     Kos keseluruhan projek itu menelan belanja 134-juta ringgit dan kini pelaksanaan projek telah melebihi 80 peratus.

     Pengurus Besar kanan pembangunan aset SESB, Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, projek itu melibatkan pembinaan satu stesen pensuisan utama di Tenom, satu pencawang masuk utama (PMU) d Nabawan dan talian penghantaran 132kv sejauh 71 kilometer.

     Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat dan lawatan tapak di stesen pensuisan utama yang terletak di Kampung Lagud, Tenom.

     Turut hadir dalam taklimat itu, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi.

Datuk Raimie Unggi

     Menurutnya, pelaksanaan projek ini adalah melalui peruntukan rmk10 dibawah kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah(KKLW) di bawah program bekalan elektrik luar bandar.

     Ir Abdul Nasser berkata, dengan pengukuhan serta kestabilan bekalan elektrik di kawasan pedalaman terutama di tenom dan nanawan, projek ini juga akan sekaligus menyokong pelan pembangunan koridor sabah yang telah dirancang kerajaan untuk menjadikan kawasan pedalaman tersebut sebagai zon industri agropolitan.

     Selain projek ini, terdapat dua lagi projek serupa yang sedang dilaksanakan iaitu projek talian penghantaran 132kv segaliud ke Sapi Nangoh dan projek talian penghantaran 133kv Kota Belud ke Ranau.

     Sementara itu, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie unggi berkata, adalah menjadi harapannya supaya lebih banyak kawasan dan kampung dapat menikmati bekalan elektrik dengan pelaksanaan projek tersebut dan pada masa sama, gangguan elektrik di kawasan itu dapat dikurangkan selain memacu pembangunan ekononi setempat.

No comments:

Post a Comment