KENINGAU: Kerajaan digesa agar mempercepatkan pelaksanaan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Kejururawatan yang bakal dibina di Keningau.
Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jake Jikulin Nointin berkata pembinaan Kampus UiTM di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook dan Kolej Kejururawatan Di DUN Bingkor akan memberikan kemudahan dan peluang anak-anak tempatan dari kawasan luar Bandar Pedalaman untuk melanjutkan pengajian mereka di kedua-dua institusi ini.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Kolej Vokasional Keningau (KVK) di Kompleks Sukan Keningau.
Datuk Jake Jikulin Nointin ketika berucap di majlis tersebut |
Katanya, kewujudan kedua-dua institusi akan menjadikan ia sebagai hab pendidikan yang terulung di kawasan pedalaman.
Datuk Jake yang juga Ketua Bahagian PBS Liawan, berharap Kolej Vokasional Keningau dinaikkan taraf kepada Kolej Universiti sesuai dengan hasrat kerajaan dalam memacu kejayaan negara maju.
Terdahulu berucap pada majlis tersebut, Datuk Jake, berkata, Kejohanan Olahraga yang diadakan dijadikan medium pemacu kepada kejayaan seseorang pelajar untuk lebih berintegriti, berdisiplin dan memiliki jatidiri yang tinggi dalam persada persaingan, baik dalam pelajaran mahupun dalam bidang ko-kurikulum.
Para peserta perbarisan membuat aksi pada acara lintas hormat |
Johari Jaibet Sabin (tiga dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Jake |
No comments:
Post a Comment