Monday, 14 September 2015

RM300,000 disalurkan kepada pelbagai aliran gereja di Tenom

Oleh Caloy

TENOM: Parlimen Tenom menyalurkan  peruntukkan sejumlah RM300,000 kepada pelbagai aliran gereja di daerah Tenom untuk tahun 2015.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi  berkata, peruntukkan program pembangunan yang diberikan itu adalah bertujuan bagi membaiki dan menaiktaraf mana-mana gereja yang sudah usang demi keselesaan masyarakat kristian dalam menunaikan kewajipan.

Beliau berkata demikian semasa berucap  sempena lawatan kerja di gereja Sidang Injil Borneo SIB  Zon Paguokon ADUN N35 Melalap di Lagud Sebarang Tenom.

Datuk Raime Unggi

Katanya, peruntukkan dibawah program pembangunan  yang diberikan itu  membuktikan bahawa kerajaan tidak sesekali meminggirkan keperluan infrastruktur pelbagai badan keagamaan bukan islam yang ada di negeri ini.

Pada masa sama, Datuk Raime turut mengingatkan kepada jawatankuasa kuhsus dalam program pembangunan  gereja tersebut agar dapat menyenaraikan mana-mana gereja yang masih belum  mendapat bantuan tersebut.

Pada lawatan berkenaan turut diadakan sesi dialog bersama pelbagai agensi kerajaan bersama masyarakat setempat di Zon Kampung Paguokon serta aktiviti gotong royong dan pemeriksaan kesihatan.

No comments:

Post a Comment