Sunday, 6 September 2015

Radin sambut baik cadangan jawatankuasa untuk pembangunan kawasan luar bandar di Sabah adalah wajar untuk elak pertindihan pelaksanaan

Oleh Hector Zaimit

TENOM: Cadangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama kerajaan negeri Sabah mengenai pembangunan kawasan luar bandar di Sabah wajar dilaksanakan kerana ia akan mengelakkan pertindihan pelaksanaan sesuatu projek itu serta menjimatkan kos projek terbabit.

     Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata,kerajaan persekutuan juga harus menambah peruntukan pembangunan luar bandar di Sabah serta menyalurkan peruntukan pembangunan itu kepada kerajaan negeri atau kementeriannya bagi memudahkan pemantauan dan kelicinan pelaksanaan projek-projek pembangunan berkenaan.

      Beliau berkata demikian kepada media sebagai mengulas cadangan itu selepas merasmikan Program Santai-Santai Pemimpin Bersama Rakyat anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan DUN N.35 Melalap dan Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pendalaman Utara-Keningau bertempat di Kampung Barong di Tenom.

Datuk Radin Malleh

     Katanya,tambahan peruntukan itu juga adalah sokongan kerajaan persekutuan ke atas usaha-usaha kerajaan negeri Sabah untuk mengurangkan gejala kemiskinan di samping menampung perbelanjaan pelaksanaan pelbagai program peningkatan pendapatan rakyat di kawasan luar bandar .

     Jelasnya lagi,pejabat-pejabat daerah di negeri ini juga berkemampuan untuk menyelaras serta mengendalikan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh jabatan

      Terdahulu, Datuk Radin yang juga Wakil Rakyat Melalap berkata kerajaan menggalakkan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri Sabah seperti Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap untuk melaksanakan program kemasyarakatan yang boleh meningkatkan hubungan dan persefahaman di antara kerajaan dengan rakyat.

     Beliau juga menggesa rakyat menghayati semula cita-cita dan prinsip-prinsip Rukunegara yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini.

     Tambahnya,kejayaan negara ini selepas merdeka juga adalah hasil kerjasama semua rakyat berbilang kaum dan penerimaan di antara satu sama lain menjamin kestabilan negara dan kesejahteraan hidup rakyat di negara ini.

     Program santai itu dimeriahkan lagi dengan pertandingan bina badan kanak-kanak, pertandingan ratu fesyen kana-kanak, pertandingan tapai terbaik, pertandingan bola sepak lelaki dan waniota, pertandingan sepak takraw dan pertandingan memasukkan benang ke dalam jarum.

No comments:

Post a Comment