Thursday, 17 September 2015

Lebuh raya Pan-Borneo dan pengumuman 90% jawatan perguruan akan diisi oleh anak watan Sabah dan Sarawak disambut baik oleh masyarakat

Oleh Hector ZaimitArdi ErinNurul Nazihah Yuhimin

Pembinaan  Pan Borneo yang akan di lancarkan pada tahun hadapan serta memberi  90 peratus anak watan Sabah dan Sarawak mendominasi jawatan perguruan dalam masa tiga tahun akan datang mendapat reaksi yang memberangsangkan daripada masyarakat.

 Menurut Pensyarah Kanan Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah, Dr. Lee Kuok Tiung berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo memainkan peranan yang penting dalam memangkin ekonomi di antara Sabah dan Sarawak seterusnya mampu memperkembangkan lagi aktiviti pelancongan di negeri Sabah dan Sarawak.

Dr. Lee Kuok Tiung

Beliau turut mengulas mengenai kenyataan pemberian 90 peratus guru kepada anak-anak Sabah dan Sarawak di mana masyarakat perlulah mengutamakan pendidikan yang terbaik dengan anak-anak mereka dengan adanya guru-guru yang berkualiti disamping meningkatkan penggunaan bahasa yang pelbagai selain daripada bahasa Melayu dan juga Inggeris.

Pendapat beliau turut disokong oleh Azman Haji Ruslan yang merupakan bekas Ketua Pemuda Negeri Sabah berkata projek Lebuhraya Pan Borneo  ini adalah satu projek yang sangat signifikan dan memberi manfaat  positif kepada masyarakat negeri Sabah dan Sarawak dari segi perkembangan sosio-ekonomi Sabah dan Sarawak disamping memberi impak yang besar kepada tarikan para pelancong luar dan domestik.

Pada masa sama projek ini dapat membuktikan kerajaan Barisan Nasional  yang mahu melihat rakyat di Sabah dan Sarawak terus maju. Beliau turut berharap agar pembinaan projek Pan Borneo di  Sabah ini dikecualikan daripada pembayaran tol.

Manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Keningau Merangkap Pengerusi Pengerusi Biro hal ehwal IPT dan Pendidikan berkata, pelaksanaan 90 peratus guru daripada anak watan Sabah dan Sarawak membuktikan keprihatinan kerajaan pusat di bawah kepimpinan datu Sri Najib mendengar luahan hati masyarakat Sabah dalam pendidikan di negeri ini. Tambah beliau lagi, mengeluarkan surat-surat rasmi syarat-syarat kemasukan ke Institut Perguruan (IPG) untuk anak Sabah dilonggarkan kepada 4 atau 5 kepujian bagi membolehkan anak tempatan ini dapat diberikan peluang untuk menuntut di IPG.

No comments:

Post a Comment