Sunday, 6 September 2015

Masyarakat, NGO dan Badan Kerajaan diseru bekerjasama mewujudkan komuniti aktif dan sihat

Oleh Munica Kiat

TENOM: Masyarakat setempat, NGO dan badan-badan kerajaan disarankan bersama-sama menggembleng tenaga utk mengwujudkan masyarakat yang aktif dan sihat.

     Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi berkata, aktiviti seumpama ini seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian untuk terus hidup sihat.

     Katanya, program seumpama ini seharusnya terus dijalankan tanpa mengira musim perayaan agar objektif ke arah masyarakat sihat cergas tercapai.

     Datuk Raimie juga menyeru agar penduduk setempat menjaga tabiat pemakanan yang sihat untuk bebas dari pelbagai penyakit yang berbahaya.

     Sementara itu, menurut Pegawai Kesihatan Daerah Tenom, Dr Shafiq Abdul Majid selaku pengerusi penganjur peringkat jabatan berkata, program gegar 10, 000 langkah ini merupakan acara tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijalankan secara serentak seluruh Malaysia.

      Katanya, tujuan program tersebut adalah untuk memperkasa rakyat Malaysia untuk melakukan aktiviti fizikal khususnya berjalan selain mengwujudkan masyarakat yang sihat cergas.

     Seramai 1800 peserta menyertai program kesihatan gegar 10,000 langkah Merdeka 2015 peringkat daerah Tenom dan beberapa pengisian yang dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah dan cabutan tiket bertuah.

No comments:

Post a Comment