Keningau: Seorang perkerja buruh Muhammad Mubin 36 tahun yang berasal dari Kampung Mempikit di Keningau maut serta merta dalam satu kejadian kemalangan di Kilometer 10 Jalan Bunsit-Keningau pada pukul 3.30 petang ahad.
Ketua Polis Keningau Deputy Supritenden Polis DSP Douglas Taong berkata hasil siastan polis punca kejadian kemalangan berlaku apabila mangsa yang maut itu menunggang motorsikalnya yang menuju ke arah Keningau telah masuk laluan bertentangan dalam keadaan laju lalu merempuh sebuah motosikal dari arah depan menyebabkan penunggangnya iaitu Jinus Ading 32 tahun dan pemboncengnya Mohamad Sharkarizan Alanda 16 tahun, kedua-duanya berasal dari Kampung Bunsit.
Beliau mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Pemberita RTM di Keningau.
![]() |
Keadaan motorsikal yang terlibat dengan kemalangan |
Katanya, penunggang motorsikal itu hanya hanya mengalami cedera ringan manakala pemboncengnya tidak mengalami sebarang kecederaan sementara mangsa yang maut itu telah dihantar Ke hospital Keningau dan hasil bedah siasat mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah tulang dibahagian dalaman badan.
Jelas DSP Douglas, kes disiasat di bawah seksyen 41(1)Akta Pengangkuatan Jalan APJ 1987.
No comments:
Post a Comment