TENOM: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Radin Malleh bersetuju kerajaan mengubah daripada hari kemerdekaan kepada hari kebangsaan bermula tahun ini bagi menjaga keharmonian masyarakat.
Katanya, langkah tersebut dilihat tepat dalam usaha penyatuan nasional selain mengelak kekeliruan berkenaan tarikh sambutan berkenaan pada masa akan datang.
Datuk Radin Malleh ketika berucap di dalam program tersebut |
Mengingatkan lagi semasa berucap merasmikan ceramah sempena hari kebangsaan Malaysia Sehati Sejiwa peringkat daerah di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom, Datuk Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar turut mahu agar masyarakat tidak mudah percaya dengan dakyah individu tidak bertanggungjawab dengan memutar belit fakta sejarah bertujuan memecah belahkan masyarakat.
Jelasnya, tindakan menyebar fakta sejarah yang tidak benar khususnya melalui media sosial juga adalah salah dan boleh dihukum di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
Justeru, Datuk Radin yang juga wakil rakyat Melalap mahu agar lebih banyak program seumpama dianjurkan bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan dan isu semasa.
No comments:
Post a Comment