Monday, 14 September 2015

Pengunjung menyambut baik pesta "Jom Makan Buah-Buahan Tempatan"

TENOM: Penganjuran program Jom Makan Buah-Buahan Tempatan anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom dengan kolaborasi FAMA Tenom merupakan anjuran kali kedua yang diadakan di daerah Tenom.

     Menurut wakil dari Pejabat Perhubungan Parlimen Tenom Sem Kuriting berkata, beliau sangat menyokong penganjuran program ini dimana ianya mampu membantu dalam mempromosikan daerah Tenom sebagai pusat pengeluaran buah-buahan tempatan dan beliau berharap agar pada masa akan datang program ini akan diteruskan lagi dengan perancangan yang lebih baik dan teratur.

    Pendapat beliau turut disokong oleh wakil dari Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Tenom Sazalinah Saimin berkata bahawa program ini adalah satu langkah PPK sendiri dalam mempromosikan dan mengalakkan kemasukan lebih ramai ahli dalam Pertubuhan Peladang Kawasan Tenom disamping membantu para pekebun kecil di daerah Tenom dalam menjual hasil-hasil tanaman mereka.

    Sementara itu, menurut salah seorang peniaga dan pemilik kebun Lia Pin Greenfruit Farm Milia Maidah yang berasal dari Kg Ulu Naluyan Tenom berkata, usaha PPK Tenom dalam menganjurkan program ini adalah satu usaha yang baik dalam menggalakkan para pekebung kecil dalam meningkatkan pasaran buah-buahan tempatan.

   Tambahnya lagi, beliau berharap agar pelaksanaan program ini dapat dianjurkan pada masa yang sesuai agar penyertaan daripada orang ramai lebih mengalakkan.

No comments:

Post a Comment