Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Radin Malleh berkata menambah tambahan jumlah kawasan DUN dan Parlimen yang baharu itu wajar dipertimbangkan oleh SPR kerana ia akan dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS N.37 Sook di Dewan Perpustakaan Wilayah Keningau di Keningau.
![]() |
Datuk Radin Malleh |
Katanya, kali terakhir persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sabah ialah lebih 10 tahun yang lalu sedangkan persempadanan semula kawasan pilihanraya itu harus dibuat pada setiap lapan tahun selaras dengan undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia .
Datuk Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Wakil Rakyat Melalap juga menggesa kerajaan agar menambah jumlah peruntukan ahli-ahli dewan undangan negeri di Sabah mengikut saiz kawasan-kawasan mereka.
Tambahnya, semua ahli dewan undangan negeri di Sabah menerima jumlah peruntukan yang sama sedangkan kawasan masing-masing mempunyai jumlah kampung dan saiz kawasan yang berbeza.
Beliau juga mengingatkan semua ahli PBS di kawasan Sook agar sentiasa menghayati perjuangan politik PBS serta bekerjasama bagi mengukuhkan pengaruh dan kekuatan parti itu di kawasan mereka.
Sementara itu, Ketua Bahagian Sook, Suman Yasambun berkata satu kawasan DUN yang baharu wajar diwujudkan di kawasan Parlimen Pensiangan bagi memastikan pengagihan pembangunan yang saksama dinikmati oleh rakyat di kawasan berkenaan.
Bahagian PBS Sook juga berikrar taat setia dan menyokong kepimpinan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk terus menerajui parti tersebut.
Sejumlah 75 orang perwakilan daripada 27 cawangan di bahagian N.37 Sook hadir di mesyuarat agung tahunan itu.
No comments:
Post a Comment