KENINGAU: Sukan Sepak Takraw bahagian pedalaman tidak pernah ketandusan pelapis baharu sehingga kini.
Ketua Pemuda PBRS N 37 Sook, Ramian Ayub berkata, rentetan sejarah sukan sepak takraw bahagian pedalaman sentiasa menghantar wakil pemain muda ke Sukan Malaysia (SUKMA) setiap tahun.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Untuk Semua Bahagian Keningau 2015 di Dewan Masyarakat Keningau.
![]() |
Ramian Ayub |
Ramian juga Presiden Sepak Takraw( ASTAKA) keningau berharap agar ASTAKA Keningau terus berusaha memartabatkan sukan sepak takraw sehingga ke akar umbi.
Sempena dengan sambutan Hari Malaysia, beliau turut menyeru kepada semua belia agar menghayati makna hari Malaysia selaras dengan tema sehati sejiwa.
Sementara itu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (p) bahagian Keningau selaku Pengerusi penganjur bersama, Ryandie Angsukup berkata, seramai 24 pasukan dari pedalaman atas menyertai pertandingan tersebut .
Menurutnya, 4 pasukan yang akan mara ke peringkat akhir akan berentap pada 10 Oktober 2015 sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Zon Pedalaman Atas.
No comments:
Post a Comment