KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun di daerah Nabawan cedera parah dibahagian hidung kiri berhampiran mata akibat terkena peluru senapang angin pada selesa kira-kira pukul 3.53 petang.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Taong berkata, kanak-kanak yang cedera itu kini dirawat di hospital Keningau.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di pejabatnya pada Rabu.
![]() | |
|
Jelas beliau, senapang angin itu kini dirampas dan kanak-kanak lelaki yang menembak itu telah dibebaskan atas jaminan polis manakala pemilik senjata api berkenaan iaitu bapa kepada kanak-kanak yang menembak itu ditahan reman untuk membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat dibawah seksyen 37 akta senjata api 1960 kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran.
Sementara itu, dalam satu kes berasingan pada hari yang sama di daerah Nabawan seorang pekerja ranger hutan berusia 36 tahun cedera parah di bahagian belakang kerana terkena tembakan semasa berehat di sebuah pondok di kawasan hutan Sepulut-Kalabakan kira-kira 8.15 malam.
Katanya, mangsa mendakwa telah ditembak orang tidak dikenali namun hasil siasatan lanjut terdapat keraguan mengenai kejadian tersebut berdasarkan keterangan laporan mangsa dengan tempat kejadian tidak seperti yang dilaporkan.
Jelas DSP Douglas, dua kelongsong peluru kosong telah ditemui ditempat kejadian dan penyiasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti kesahihan kejadian itu dan seramai 4 orang rakan sekerjanya berusia 18 hingga 24 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan sehingga 12 september ini sementara mangsa masih lagi menerima rawatan di Hospital Keningau.
Katanya, kes itu turut disiasat dibawah seksyen 37 akta senjata api 1960 kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran.
No comments:
Post a Comment