Monday, 31 August 2015

Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Sabah bermula 2 September di IPG Kampus Keningau

Oleh Nazihah Yuhimin

KENINGAU: Seminar Penyelidikan Pendidikan bagi  Zon Sabah akan diadakan pada 2 hingga 4 September  2015 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

     Jurucakap Penganjur Vijayen Gopal berkata, program bertemakan ‘ Memperkasa pendidikan menerusi penyelidikan kontemporari’  diharap memberi kesedaran kepada golongan pendidik mengenai keperluan pembelajaran sepanjang hayat yang signifikan dunia sebenar bagi membangunkan keupayaan literasi masyarakat menangani isu-isu semasa.

     Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Keningau.

     Katanya,objektif seminar dijalankan adalah bagi mencapai kecemerlangan pendidikan selaras dengan tuntutan negara menerusi institusi pendidikan keguruan selain daripada menyediakan medan perbincangan yang lebih bersifat intelektual di antara para pendidik.

     Program julung kali diadakan itu anjuran bersama  Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau dan Institut  Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment