SOOK: Para ahli koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM diseluruh negeri perlu memfokuskan lima sektor dalam meningkat dasar koperasi negara 2011-2020.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, antara focus utama yang perlu diperkasakan ialah sektor kewangan,sektor pemborongan dan peruncitan,sektor pelancongan penjagaan diri dan kesihatan,sektor pertanian dan industri asas tani serta sektor perladangan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pada majlis seminar Koperasi Bestari Peringkat Majlis Perundingan Koperasi Parlimen (MPKP) P.182 Pensiangan bertempat di Dewan Sekolah Rendah di Sook.
![]() |
Tan Sri Joseph Kurup ketika program sedang dijalankan |
Katanya, melalui permerkasaan kelima-lima sektor itu secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan para ahli koperasi sedia ada.
Pada masa sama, Tan Sri Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan dan Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Parlimen Pensiangan berharap agar Majlis Perundingan Koperasi Parlimen(MPKP) diseluruh negeri dapat menyelaras dan mewujudkan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan untuk membangunkan gerakan koperasi untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat di kawasan pedalaman.
Sementara itu dalam ucapan aluan, Timbalan Pengarah SKM Sabah Affendy Op Andu berkata, setakat ini terdapat Seribu-237 buah koperasi berdaftar di seluruh negeri dengan keanggotaan melebih 3-ratus ribu orang dengan jumlah syer berjumlah 69.5 juta ringgit dan yuran bernilai 56.5 juta ringgit serta aset bernilai 671.7 juta ringgit.
Beliau juga berharap melalui objektif seminar yang diadakan itu dapat memberi pendedahan berkaitan sekaligus membolehkan para ahli koperasi lebih maju.
No comments:
Post a Comment