Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan akan mengadakan pengedaran bantuan baja padi kepada pesawah di Daerah Kecil Sook Dan Nabawan bagi musim kedua tahun 2015.
Menurut Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan Zulkifli Udin pengedaran baja akan bermula dari 19 Ogos dan akan ditutup pada 19 December 2015.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Keningau.
Katanya,pengedaran bantuan baja padi kepada pesawah di Daerah Kecil Sook akan dibuat pada setiap hari isnin dan khamis iaitu bermula pada 9 pagi sehingga 4.30 petang di Stor Malima dan pada hari selasa bermula pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang di Stor Lanas.
Sementara itu, edaran bantuan baja padi kepada pesawah di Daerah Nabawan pula akan diadakan pada setiap hari rabu dan jumaat bermula pada 9.00 pagi sehingga 4.30 petang di Stor Malinja Nabawan.
Beliau turut menasihatkan penerima bantuan baja di Daerah Nabawan, untuk mendapatkan resit pengeluaran baja padi di Pejabat Pertubuhan Peladang kawasan Nabawan terlebih dahulu sebelum mengambil baja di Stor Malinja Nabawan.
No comments:
Post a Comment