KENINGAU: Sambutan Hari Kebangsaan di peringkat kampung menunjukkan semangat patriotik masih kental di kalangan penduduk di daerah ini.
Demikian dinyatakan oleh Pemimpin pembangunan Masyarakat N34 Liawan Sahanip Jamil ketika merasmikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kampung Tudan Baru.
![]() |
Sahanip Jamil |
Katanya sambutan Hari Kebangsaan menjadi landasan untuk rakyat lebih bersatu padu disamping dapat mengimbas kembali jasa-jasa mereka yang telah bertungkus lumus mencapai kemerdekaan negara untuk dihargai dan diteruskan oleh generasi muda.
Beliau mengingatkan penduduk kampung agar tidak leka dengan arus pembangunan teknologi moden terutama sekali dengan kewujudan media sosial tetapi perlu bijak mendapatkan faedah daripadanya.
Sahanip turut menegaskan agar perbezaan idea dan pendapat seharusnya dilihat secara positif demi untuk kelangsungan pembangunan masyarakat kampung dan negara amnya.
Selain itu beliau meminta agar penduduk menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu "Sehati Sejiwa" supaya sentiasa bersatu hati dalam apa juga keadaan walau berbeza kaum, kepercayaan dan di mana sahaja berada.
Sambutan yang dianjurkan bersama oleh Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Persatuan Belia dan JKKK Kampung Tudan Baru ini diserikan dengan acara perbarisan antara blok, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka dan pemeriksaan kesihatan percuma.
No comments:
Post a Comment