Lima remaja penagih dadah telah ditahan di Tambunan bagi menyelesaikan kes pecah rumah, pejabat persendirian serta samun sebuah kedai runcit di daerah berkenaan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Taong berkata, semua yang ditahan adalah lelaki tempatan berumur 15 hingga 26 tahun dan salah seorang mereka berasal dari daerah Ranau yang juga memiliki kes lain iaitu mencuri kenderaan.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dipejabatnya di Keningau.
![]() |
DSP Douglas Taong ketika sidang media di ibupejabat polis daerah Keningau |
Menurutnya, semua suspek disiasat di bawah seksyen 395 (Samun berkumpulan), 397 (Samun bersenjata) dan 457 (pecah rumah dan curi) kanun keseksaan bersama seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sekiranya sabit kesalahan, masing-masing boleh dihukum penjara melebihi jumlah 20-tahun, denda wang tunai selain hukuman sebatan.
No comments:
Post a Comment