Kerajaan amat memandang serius dalam memastikan makanan yang dijual di pasaran tempatan termasuklah makanan yang di import adalah selamat.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kawalan keselamatan makanan masa kini telah menjadi begitu mencabar disebabkan komplexsiti penghasilan makanan.
Beliau berkata demikian pada program karnival Keselamatan Makanan Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015 diKeningau.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Inrastruktur Datuk Bobbey Ahfang Suan.
Katanya,keselamatan makanan telah menjadi agenda utama pertubuhan kesihatan sedunia dan pertubuhan makanan dan pertanian untuk mengukuhkan sistem kawalan keselamatan makanan.
Tegas Tan Sri Pairin,kawalan keselamatan di sepanjang rantaian bekalan makanan adalah tanggungjawab yang dikongsi bersama oleh pihak kerajaan, industri dan juga pengguna dan semua pihak yang berkepentingan perlu menyumbang kepada proses dan mengambil inisiatif untuk memastikan keselamatan makanan yang dihasilkan.
Beliau turut berharap dengan adanya aktiviti seperti itu, para pengunjung dapat mengambil peluang mendapat maklumat yang lebih tepat tentang keselamatan makanan.
No comments:
Post a Comment