Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) Negeri Sabah dengan kerjasama POKUNSA dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) akan mengadakan jelajah sehari pada 18 Ogos 2015 bermula 8-pagi, bertempat di Dewan Salingkawang, Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.
Pengarahnya, IR Hj Sharifudin Che Omar berkata, program memperkasakan kapasiti dan kapabliti kontraktor bumiputera dalam sektor pembinaan diadakan bertujuan untuk memantapkan kapasiti dan kapabliti para penggiat industri pembinaan dengan ilmu dan pengetahuan di samping meningkatkan pemahaman para kontraktor serta bertukar-tukar pendapat mengenai program-program CIDB pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Keningau.
Katanya,program itu juga merupakan satu medium penyampaian maklumat terkini dan satu cara untuk mencapai penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh pelanggan terutamanya yang berkaitan dengan proses pendaftaran kontraktor.
Pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian program berkenaan, antaranya: Siri ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah dari Pejabat CIDB Negeri Sabah, Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia, Pokunsa, ABM Wilayah Sabah, Bank Islam Malaysia Berhad dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
Tambah Sharifudin,pihak CIDB dan Pukonsa turut membuka kaunter perkhidmatan pelanggan bagi memberi kemudahan kepada para pelanggan alam mendengar dan menyelesaikan masalah khususnya berkaitan tatacara dan proses permohonan pendaftaran kontraktor kerja.
No comments:
Post a Comment