Friday, 14 August 2015

Kerajaan Negeri peka dengan keperluan belia

        Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan para belia, menghargai peranan dan sumbangan dalam pembangunan negara.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, menyedari bahawa pemantapan belia adalah proses berterusan bersepadu ,kerajaan komited dalam mempelbagaikan ruang dan peluang selain menyediakan peruntukan yang besar dan dasar pembangunan yang komprehensif bagi menjana kejayaan dan kecemerlangan belia.

Fokus...Tan Sri Joseph Pairin Kitingan komited dengan perancangannya terhadap golongan belia

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Program “Kem Transformasi Minda Belia”di Tambunan.

Teks ucapannya disampaikan Setiausaha Politiknya Wilfredoline Jakil.

Katanya, generasi muda dan pemimpin masa depan haruslah meningkatkan budaya berpersatuan dalam menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri dalam barisan dan mengukuhkan kesatuan dalam kalangan para belia untuk menjadi modal insin yang berkualiti dan dinamik bagi menyumbang kepada kemakmuran negara.

Terdahulu berucap pada majlis berkenaan, Tan Sri Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata,usaha menghimpunkan belia berbagai latar belakang itu dapat menjana pencetusan idea transformasi kerajaan dan membangunkan belia lebih sempurna dari segi keupayaan mentaliti dan persepsi para belia yang menyertainya.

        Program selama 3-hari itu melibatkan penyertaan 60 belia sekitar Daerah Tambunan.

No comments:

Post a Comment