Thursday, 27 August 2015

300 orang pelajar terima bantuan sumbangan PEKEMA

Oleh Leolerry Lajius

KENINGAU: Seramai 3 ratus orang pelajar dalam Parlimen Keningau diberikan bantuan berupa peralatan persekolahan dan wang tunai sumbangan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).

     Presiden PEKEMA, Ridzuan Datuk Hj. Lassim berkata, sumbangan tersebut merupakan satu inisiatif untuk membantu pelajar yang kurang kemampuan bagi memudahkan mereka menjalankan aktviti persekolahan terutama sekali bagi pelajar pedalaman.

Ridzuan Datuk Hj. Lassim (dua dari kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada pelajar di dalam majlis tersebut

     Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Persekolahan Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia anjuran UMNO P.180 Keningau di Keningau.

     Katanya, PEKEMA telah mengenalpasti seramai 3 ribu 3 ratus orang pelajar di seluruh sabah yang perlu dibantu dari pelbagai aspek terutama sekali bantuan persekolahan.

     Tambahnya, PEKEMA bukan sahaja fokus kepada bantuan pelajar tetapi juga turut memberikan bantuan kepada penduduk di samping mengadakan program anak angkat bagi pelajar yang kurang berkemampuan.



No comments:

Post a Comment