KENINGAU: Masyarakat dinasihatkan agar tidak mengambil jalan mudah sehingga menjadi mangsa penipuan jenayah komersial.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Nyeging Taong, berkata kes penipuan dalam kategori jenayah komersial merupakan kes yang semakin meningkat di daerah ini sehingga mencapai nilai kerugian ribuan ringgit.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi siaran Santai Petang di Konti Palian Keningaufm.
![]() |
DSP Douglas Nyeging Taong (tengah) ketika ditemuramah di Konti Palian Keningaufm |
Katanya, sehingga bulan Ogos tahun 2015, kes penipuan yang utama telah mencapai nilai kerugian yang tinggi iaitu merangkumi kes SMS Menang Hadiah sebanyak empat kes dengan jumlah kerugian lebih dari 16-ribu ringgit, kes Parcel (Bungkusan) sebanyak empat kes dengan jumlah kerugian lebih dari 75-ribu ringgit, kes penipuan internet E-Dagang sebanyak tujuh kes dengan jumlah kerugian lebih dari 18-ribu ringgit dan juga kes penipuan lain iaitu kes penipuan oleh bomoh serta penipuan tiket TOTO.
Tambahnya lagi sebanyak 36 kes telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang melibatkan kes penipuan daripada 48 kes keseluruhan tahun ini dan kebanyakkan kes adalah melibatkan Pelajar, Guru, Jururawat serta orang awam yang sering menggunakan internet.
No comments:
Post a Comment