TENOM: Parlimen Tenom menyalurkan geran tahunan sejumlah 5-ribu ringgit setiap tahun kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia ASTAKA Cawangan Tenom selain turut menyumbang sepasang karpet gelanggang sepak takraw kepada persatuan itu.
Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, denganya adanya peruntukkan geran tahunan itu serta sumbangan kemudahan sukan membolehkan persatuan berkenaan mempelbagaikan lagi aktiviti berkaitan tentang sukan sepak takraw terutamanya dalam mencari bakat-bakat baharu dikalangan generasi muda masa kini.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan kejohanan liga sepak takraw Sabah LLS Zon Keningau 2015 di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.
![]() |
Datuk Raime Unggi |
Sementara itu, Presiden ASTAKA Sabah Datuk Awang Syam berkata, melalui kejohanan tersebut bukan sahaja medan pencarian bakat baharu akan tetapi platform kepada pihaknya untuk mencari pemain pelapis untuk diketengahkan ke kejohanan yang lebih tinggi. Selain itu katanya, dengan adanya kebolehan serta kemampunan bakat baharu yang ditonjolkan melalui kejohanan itu secara tidak langsung sasaran untuk merangkul lebih banyak pingat emas pada Sukan Malaysia SUKMA akan datang.
Manakala bagi pengerusi Penganjur merangkap Presiden ASTAKA Cawangan Tenom Jamawi Jaffar berkata, kejohanan tersebut adalah julung kali diadakan di daerah Tenom dan berharap melalui kejohanan itu dapat menyuntik semangat golongan belia dan beliawanis untuk menyertai kejohanan itu pada masa akan datang.
Tambah Jamawi lagi, walaupun kali pertama dianjurkan di daerah itu, penyertaan para pasukan dari setiap daerah amat menggalakkan.
Sementara itu, seramai 30 pasukan lelaki dan wanita dari sekitar pedalaman atas menyertai kejohanan tersebut.
No comments:
Post a Comment