Oleh Dullis Saimon
KENINGAU: Lebih 3-ribu masyarakat dalam Mukim Ansip di Keningau menggesa pihak berwajib agar segera menyiasat dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab mencemarkan Sungai Pegalan baru-baru ini.
Tinjauan RTM mendapati sebahagian besar hidupan sungai tersebut yang telah ditagal sejak tahun 2011 telah musnah akibat pencemaran sisa industri di hulu sungai berkenaan yang berwarna hitam dan berbau busuk.
Pengerusi Tagal Kampung Ansip Steven Bulangin berkata kejadian itu telah menyebabkan kerugian besar bagi penduduk kampung yang selama ini telah bersusah payah menghasilkan tagal disungai berkenaan terutamanya dalam memulihara anak-anak ikan sehingga menjadi besar. Katanya, pihaknya kerugian melebih 6 ribu ringgit disebabkan sepanjang 3 tahun lalu segala bahan-bahan seperti baja dan keperluan berkaitan untuk menjaga kesemua ikan yang ditagal itu adalah daripada tabung yang dikumpul oleh para penduduk kampung yang terlibat.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung tersebut Mariani Lintung laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu dan berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera memandangkan ini adalah hasil titik peluh para penduduk kampung untuk mengusahakan tagal itu.
Bagi, Ketua Kampung, Kampung Pagalungan Ansip Angkalor Tingkalor berkata sungai itu merupakan salah satu aktiviti harian terhadap penduduk kampung dalam mencari sumber makanan dengan adanya kejadian tersebut penduduk kampung tidak lagi ke sungai itu kerana membahayakan kesihatan disebabkan oleh pencemaran tersebut.
Seorang lagi Penduduk kampung Poporon Ansan amat kecewa kerana sungai yang menjadi punca aktiviti harian kini sudah tercemar dan menjejaskan pendapatan.
Bagi, Ketua Kampung Kampung Kuala Punteh Palatos Laboh berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga yang mana sebelum itu tidak seteruk seperti pada masa kini yang mana pelbagai spesis ikan yang hidup disepanjang sungai di kampungnya telah mati disebabkan oleh pencemaran dari kegiatan industri di hulu sungai.
Jelas beliau, perkara itu telah berkali-kali dimaklumkan kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat untuk menanganinya.
No comments:
Post a Comment