Pegawai Daerah Nabawan, Fredian Gan berkata, sambutan bulan kebangsaan telah mewujudkan peluang untuk lebih mendalami erti sebuah kemerdekaan yang semakin luntur oleh seluruh masyarakat khususnya golongan muda.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2015 Peringkat daerah Nabawan yang diadakan di daerah kecil Pagalungan.
![]() |
Fredian Gan |
Katanya,rakyat Malaysia pada hari ini hanya bersemangat untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan kebangsaan sahaja.
Sehubungan dengan itu,semua lapisan masyarakat sepatunya bangga mengibarkan jalur gemilang tidak kira waktu sebagai tanda menghormati negara Malaysia yang kini telah terkenal di persada dunia dengan pelbagai pencapaian membanggakan.
Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Pagalungan, Sukiang Ensing berkata, beliau terharu kerana daerah kecil Pagalungan terpilih sebagai titik akhir bagi Konvoi Merdeka pada kali ini.
Ujarnya lagi, beliau akan memastikan penduduk setempat di kawasannya menunjukkan rasa hormat kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang masa.
Majlis penutupan itu dihadiri oleh lebih kurang 150 orang yang merangkumi peserta konvoi dan penduduk kampung.
Antara pengisian program yang dilaksanakan di Daerah Kecil Pagalungan ialah pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang 12 pengusaha bot pagalungan.
No comments:
Post a Comment