KENINGAU: Program "Walk for Jesus" merupakan program tahunan yang diadakan serentak oleh dominasi gereja-gereja diseluruh negara.
Program ini merupakan satu medium untuk mendidik golongan belia dalam membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang semakin meluas pada masa kini.
Demikian dinyatakan oleh Senator Dewan Negara , iaitu Senator Datuk Dr Lucas Umbol ketika ditemui media sempena Program "Walk for Jesus" yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Gereja Keningau di Dataran Solidariti St Francis Keningau di Keningau.
![]() |
Senator Datuk Dr Lucas Umbol |
Dr Lucas berpendapat bahawa, program yang melibatkan golongan muda harus diketengahkan agar mereka lebih banyak menerapkan nilai-nilai murni dan sekaligus dapat mengeratkan lagi perpaduan melalui acara keagamaan.
Beliau berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan disertai oleh para pemimpin yang lain agar konsep 1 Malaysia dapat dicapai.
Seramai 2000 ribu orang dari 12 dominasi gereja-gereja seluruh keningau menyertai Program "Walk for Jesus" yang dilaksanakan serentak diseluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment