PAGALUNGAN: Penganjuran sambutan kempen kibar jalur gemilang dan konvoi kembara merdeka jalur gemilang peringkat daerah Nabawan bagi tahun 2015 mendapat sambutan yang positif daripada peserta konvoi.
Ketua Anak Negeri, Ampat Tahol,51, berkata,beliau sangat gembira dengan program yang pertama kali di sertai dan berharap agar penganjuran itu akan diteruskan di masa akan datang dan perlu melibatkan masyarakat kampung agar mereka dapat menanam semangat cinta akan negara dalam diri mereka.
Pendapat beliau turut di sokong oleh Jutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan Mohd Hardy,34, katanya,dengan adanya program itu akan menaikakn semangat patriotik khususnya kepada peserta dan masyarakat yang menyertainya.
![]() |
Mohd Hardy ketika ditemuramah oleh wartawan Keningau fm, Ardi Erin. |
Beliau berharap agar pada tahun hadapan akan lebih ramai peserta bukan sahaja dari jabatan-jabatan kerajaan malahan juga daripada NGO terutamannya persatuan belia yang akan turut serta dalam konvoi merdeka.
Sementara itu, Henry Ebun,41, daripada Jabatan Pengakutan Jalan Keningau berkata program itu merupakan usaha yang positif dalam memupuk semangat generasi muda cinta akan tanah air sekaligus semangat untuk mengibarkan jalur gemilang.
Bagi Ahmad Adini, 55 daripada Jabatan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, menyatakan bahawa program itu menyemarakan lagi semangat patriotisme dikalangan belia untuk menghargai perjuangan pemimpin terdahulu dan mengekalkan kelangsungan perpaduan yang terjalin.
No comments:
Post a Comment