Wednesday, 19 August 2015

Ibu bapa main peranan penting dalam membentuk disiplin anak-anak

Oleh Ardi Erin

KENINGAU: Penglibatan dan peranan ibu bapa dalam membentuk disiplin di kalangan pelajar amat penting khususnya semasa di sekolah.

      Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau II, Kawos@ Bartholomew Guding berkata tugas tersebut tidak boleh diserahkan semata-mata di bahu pihak sekolah sahaja kerana terbatas dari segi masa dan komitmen guru yang semakin bertambah.

      Beliau berkata demikian pada program Seminar Keibubapaan SMK Keningau DUA di Keningau.
Mengenai kursus berkenaan, Kawos menjelaskan bahawa tumpuan pihak sekolah adalah melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

No comments:

Post a Comment