Monday, 17 August 2015

Persatuan Badminton Keningau anjur kejohanan Piala Presiden SBA

Persatuan Badminton Daerah Keningau akan menganjurkan kejohanan Badminton Berpasukan Piala Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) pada 21 hingga 23 Ogos bertempat di Dewan Kompleks Sukan Keningau.

Persatuan Badminton Sabah (SBA)


Setiausaha Penganjur, Muhidin Mahali berkata kejohanan tersebut terbuka kepada semua Ahli Gabungan Badminton Sabah dan setiap daerah dibenarkan mendaftar lebih daripada sebuah pasukan .
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Keningau.

Katanya antara acara yang dipertandingkan adalah seperti perseorangan lelaki terbuka, Bergu Wanita dan Lelaki terbuka, Bergu Campuran dan Bergu Lelaki Veteran Gabungan umur 90tahun.

Muhidin berharap,orang ramai sekitar daerah Keningau hadir memberikan sokongan kepada pasukan yang bertanding.

No comments:

Post a Comment