Monday, 10 August 2015

"Tekankan prinsip menghormati perbezaan antara kaum" - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

         Guru diingatkan supaya sentiasa menerapkan aspek akhlak dan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti sukan dan ko kurikulum.
         Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, dalam sebuah negara majmuk, pendidikan akhlak dan moral mestilah menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
         Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru dan penyampaian anugerah kecemerlangan akademik (MEKAR) peringkat Daerah Keningau 2015 di keningau.
Beliau diwakili Setiausaha politiknya, Wilfredoline Jakil.
         Tan Sri Pairin yakin sekiranya prinsip itu dapat digarap dan diterapkan dalam jiwa setiap pelajar, usaha mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang dikecapi dapat dikekalkan.
Beliau turut menyarankan guru-guru mengambil peluang yang disediakan institusi pengajian tinggi utk belajar dan mempertingkatkan profesionalisme dalam kerjaya.
          Katanya, guru yang profesional adalah guru yang berilmu, mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh kepada pelajar.
          Pada majlis itu, Johnatan ensin @ Razalie, Jimina Payus @Dores dan Siti Aisah Hj Maidin dianugerahkan sebagai tokoh guru 2015 peringkat daerah Keningau.

No comments:

Post a Comment