NABAWAN: Rakyat Nabawan digesa untuk tidak terlalu taksub dengan tohmahan yang ditimbulkan oleh individu tidak bertanggungjawab khususnya berkaitan kerajaan di laman sosial.
Pembantu menteri pembangunan infrastruktur Sabah Datuk Bobbey A. Suan berkata, mengkritik secara terbuka di laman sosial juga dianggap sebagai tidak professional kerana pelbagai platform lebih sesuai telah disediakan dalam memberikan cadangan dan penambahbaikan terhadap kerajaan.
Beliau berkata demikian pada program Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang 2015 Peringkat Daerah Nabawan.
![]() |
Datuk Bobbey A. Suan |
Menurutnya, rakyat perlu memahami dan mendalami sesuatu permasalahan terlebih dahulu sebelum melemparkan komen liar yang boleh menjadi fitnah sekiranya dibiarkan berleluasa.
Bercakap mengenai program tersebut, Datuk Bobbey yang juga Wakil Rakyat Nabawan berkata masyarakat diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang demi menghormati pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha untuk mencapai kemakmuran dan keamanan yang telah dikecapi pada hari ini.
Sementara itu pula, dalam majlis yang sama, Pegawai daerah Nabawan, Ferdian Gan berkata, masyarakat hendaklah menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan selepas mengecapi kemerdekaan kerana berjaya dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya.
No comments:
Post a Comment