Wednesday, 19 August 2015

400 buah keluarga kurang berkemampuan diseluruh negeri dikenalipasti untuk terima pelbagai bantuan pada program jelajah Mobile Team Verifikasi eKasih 2015

Oleh LeoLerry


KENINGAU: Jabatan Perdana Menteri JPM Sabah telah mengenalpasti 400 buah keluarga di seluruh sabah yang kurang berkempampuan untuk diberikan bantuan berkaitan melalui program lawatan Mobile Team Verifikasi eKasih untuk tahun 2015.

        Ketua Seksyen kesejahteraan rakyat di jabatan itu Mohd Hijri Mat Rani, program yang diadakan untuk peringkat awal diadakan di Daerah Keningau yang melibatkan 30 buah keluarga dari kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Bingkor dan DUN Liawan.

       Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menyampaikan taklimat ringkas pada program itu di bilik Gerakan Annex  di Keningau.

Mohd Hijri Mat Rani ketika menyampaikan taklimat sebelum program bermula.

       Jelas beliau, melalui program secara turun padang yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kebajikan Am, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI), Yayasan Usaha Maju, Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Kemajuan dan Masyarakat KEMAS , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS, Pejabat Daerah, Bank Rakyat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM dan Majlis Amanah Rakyat MARA adalah untuk melihat permasalahan rakyat sekaligus menyalurkan bantuan berkaitan dan mengetengahkan penduduk-penduduk kampung yang mempunyai kemahiran tersendiri dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.

Sebahagian daripada kakitangan awam yang terlibat dalam program tersebut. 

        Sementara itu, penduduk kampung di Kawasan DUN Bingkor yang dilawati menzahirkan terima kasih atas keprihatinan pelbagai agensi kerajaan untuk meringankan beban mereka.

        Bagi Rogar Kunjin 52 tahun yang juga merupakan seorang petani berasal dari Kampung Takad Apin-Apin berharap agar pelbagai bantuan dapat disalurkan untuk meringankan beban mereka sekeluarga selain memuji usaha pihak kerajaan dalam mendekati permasalahan rakyat secara turun padang melalui program ini.

Rogar Kunjin ketika ditemuramah oleh wartawan Keningau FM

         Seorang lagi penduduk kampung Apin-apin Mohamad Faizal Alli 35 tahun ,permohonan mendapatkan bantuan rumah di program bantuan rumah PBR diluluskan memandangkan rumah yang diami mereka bersama lapan orang anaknya masih kecil telah usang dan tidak selamat kerana kebanyakan struktur rumahnya telah rapuh. Beliau turut berharap melalui program yang disertai pelbagai agensi itu membolehkannya mendapat pekerjaan tetap dalam menampung keluarga memandangkan beliau mempunyai kemahiran bertukang.

Mohamad Faizal Alli

         Bagi seorang lagi penduduk kampung di kampung kilambang Apin-apin yang merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah iaitu Jesiah Kondo 47 tahun berharap agar bantuan berkaitan dapat disalurkan dalam meringankan beban mereka sekeluarga memandangkan pada masa kini segala perbelanjaan keluarga ditanggung beliau sendiri.
Beliau turut memohon pertimbangan mengikuti latihan kemahiran dalam bidang pertanian untuk mengusahakan tanah miliknya.

Jesiah Kondo (berbaju hijau) ketika menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah Cawangan Keningau.

No comments:

Post a Comment