Tuesday, 11 August 2015

Biro Pendidikan Umno & Mega Tech International College anjur temuduga tertutup

           Biro Pendidikan UMNO Bahagian Keningau dengan usahasama Mega Tech International College akan mengadakan temuduga kepada lepasan pelajar yang masih belum dapat melanjutkan pelajaran pada 12 dan 13 Ogos ini, bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang bertempat di Bilik Mesyuarat tingkat 1 Bangunan Persekutuan, Keningau.

          Jurucakap Biro Pendidikan Umno Bahagian P 180 Keningau Yazid Mohd Hasnan Tawik berkata, peluang ini dibuka kepada lepasan pelajar SPM yang berada di sekitar Keningau untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma dengan syarat 3 kepujian dalam mana-mana subjek.

          Katanya, mereka yang berminat dijemput untuk menghadiri temuduga dengan membawa dokumen pengenalan diri, sijil-sijil yang berkaitan dan hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Keterangan lanjut hubungi Encik Mahadi di talian 013-2571499.

No comments:

Post a Comment