KENINGAU: Koperasi Penternak Kambing Bumiputera Negeri Sabah akan mengadakan Mesyuarat Koperasi yang akan diadakan di Bayangan Cafe, Kg Bayangan Keningau pada 29 ogos 2015 bermula pukul 3 petang.
Pengerusi Koperasi Penternak Kambing Bumiputera Negeri Sabah(KOPENS) Firdaus, berkata objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan semua penternak kambing disamping membentuk jalinan silaturahim sesama penternak kambing di kawasan sekitar Keningau dan Tenom untuk membentuk kesatuan yang lebih luas.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Keningau.
Katanya, mesyuarat itu adalah lebih tertumpu untuk menyampaikan objektif penubuhan koperasi kepada semua penternak khususnya di kawasan pedalaman.
Turut di adakan majlis suaikenal bersama setiap penternak kambing, perkongsian ilmu mengenai ternakan kambing, lawatan ke ladang- ladang kambing yang terdekat .
No comments:
Post a Comment