Wednesday, 19 August 2015

Masyarakat luar bandar disaran bijak mencari peluang yang disediakan

Oleh Dullis Saimon

KENINGAU: Masyarakat setempat diluar bandar disaran merebut pelbagai peluang yang disediakan pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil getah RISDA  dalam menjana  sosioekonomi.

      Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, ini kerananya selain menumpukan  perusahaan tanah seperti penanaman pokok getah pihak RISDA juga turut memberi peluang pelbagai bidang keusahawan dan pertanian berkaitan yang boleh diceburi oleh anak-anak pekebun kecil RISDA sekaligus melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera pada masa akan datang.

      Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan skim basiswa anak-anak pekebun kecil RISDA di Dewan Arena Belia dan Sukan Bahagian Keningau.

Datuk Haji Sairin Karno ketika berada di majlis tersebut

      Katanya, selain pelbagai peluang diberikan pihak RISDA juga turut  memberi bantuan modal kewangan serta bantuan berkaitan kepada anak-anak pekebun kecil  dalam memulakan perniagaan mereka masing-masing.

      Jelasnya lagi, usaha itu secara tidak langsung membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan pendapatan negara maju menjelang tahun 2020 sekaligus membasmi kadar kemiskinan dinegara ini.

       Pada masa sama, Datuk Sairin yang juga wakil rakyat liawan turut menyarankan pihak RISDA agar dapat memperluaskan lagi dasar-dasar mereka kepada masyarakat setempat yang belum  mengetahuinya yang mana memberi pelbagai faedah berguna kepada mereka.  
  
       Sementara itu ketika ditemui pemberita RTM Timbalan Pengarah RISDA Sabah Siti Rosnani Mohamad Jalil berkata, pada masa kini pihaknya telah menyediakan dana sejumlah 4-ribu ringgit setiap seorang kepada anak-anak pekebun kecil yang berpontensi untuk diketengahkan dalam bidang keushawanan.

       Selain itu katanya, pihaknya turut memberi pelbagai peluang, pededahan dan bantuan kepada anak-anak pekebun kecil yang kurang berkemampunan agar mereka lebih bersaing maju tanpa mengharapkan bantuan pihak kerajaan.

       Pada majlis itu, Seramai 33 pelajar tingkatan Lima iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Bingkor Keningau, SMK Entabuan Tenom dan SMK Sapulut nabawan masing-masing menerima bantuan skim basiswa pekebun kecil dari pihak getah RISDA Cawangan Pedalaman sejumlah 5-ratus ringgit setiap seorang.

       Bagi Rudey Asok pelajar SMK Sepulut Nabawan berkata dengan adanya bantuan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban para ibubapanya dalam membeli keperluan peralatan sekolahnya selain menyimpan sebahagian bantuan yang diberikan untuk persiapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang akan datang.

       Bagi dua pelajar iaitu Hazwani Bidin dari SMK Entabuan Tenom  dan Stevelee Supin dari SMK Bingkor Keningau masing-masing berkata, dengan adanya bantuan itu ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka akan tetapi dapat menambah serba sedikit perbelanjaan para ibu bapa masing-masing untuk membeli keperluan berkaitan sekolah. 

       Kedua-dua mereka juga turut merakamkan terima kasih kepada pihak RISDA kerana selain memberi bantuan kepada masyarakat setempat tidak ketinggalan juga dalam membela nasib anak-anak pekebun kecil yang masih bersekolah.

No comments:

Post a Comment