Monday, 10 August 2015

25 padang ragut baru bakal dibuka bagi ternakan ruminan

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Sabah merancang untuk membuka 25 buah lagi kawasan padang ragut bagi ternakan ruminan di negeri ini dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Pengarahnya, Dr. Yeo Boon Kiat berkata, walaupun masih dalam perancangan, pihaknya berhadap kerajaan dapat mempertimbangkan perancangan tersebut dalam usaha meningkatkan lagi tahap pengeluaran ternakan ruminan di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyerahan projek pembangunan Padang Ragut Kampung Kuangoh, Keningau.

Katanya , daripada 25 kawasan padang ragut itu, Jabatan tersebut menyasarkan untuk membangunkan lima kawasan padang ragut setahun. Jabatan itu akan membantu penduduk yang terlibat dalam pojek tersebut termasuklah penyediaan kemudahan prasaran, bantuan ternakan, bibit rumput, pengurusan dan lain-lain yang berkaitan.

Beliau berharap penduduk yang terlibat dapat bekerjasama menjayakan projek tersebut dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran ternakan ruminan di negeri ini.


Sementara itu, Pengerusi  projek padang ragut kampung kuangoh, Tahir Aman merakamkan penghargaan kepada JPHPT kerana membantu membangunkan kawasan padang ragut di kampung tersebut.

Setakat ini, Sabah memiliki 99 kawasan padang ragut yang diwartakan melibatkan 310-ribu ekar. 11 daripadanya terletak di Keningau.

No comments:

Post a Comment