tinggi oleh kepimpinan kerajaan pusat dalam pelbagai aspek atas dasar hubungan akrab yang terjalin selama ini antara pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Sabah dan Semenanjung dipisahkan oleh Laut China Selatan namun keikhlasan sokongan yang ditunjukkan kepimpinan kerajaan Sabah terhadap kerajaan persekutuan menyebabkan Negeri di Bawah Bayu itu amat dekat di hati pemimpin pusat.
![]() |
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedar dengan kesetiaan negeri Sabah. |
Beliau berkata demikian kepada Media di Kota Kinabalu.
Katanya, melalui kesepaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, khasnya di Sabah serta keikhlasan kepimpinan Sabah dalam mentadbir negeri dan sokongan terhadap kepimpinan negara, beliau yakin Sabah akan maju sehingga menjadi antara negeri tersohor di negara ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah kerajaan itu bukan bergantung kepada struktur kerajaan itu semata-mata tetapi kepada tunggak kerajaan dan dokongan terhadap kepimpinan kerajaan itu.
Tambahnya, dokongan dan sokongan terhadap kepimpinan negeri dan negara amat perlu dan tidak boleh berbelah bahagi bagi memastikan kepimpinan institusi dan jenteranya boleh menumpu perhatian terhadap usaha mentadbir negara secara berkesan tanpa gangguan
No comments:
Post a Comment